header ubat kencing manis

Info tambahan

Cara kawal penyakit kencing manis:

1. Cara pemakanan

-Secara amnya terdapat tiga kumpulan makanan bagi pesakit kencing manis. Iaitu kumpulan makanan yang perlu dielakkan, kumpulan makanan yang boleh dimakan dan kumpulan makanan yang perlu disukat, yakni boleh diambil tetapi ambil dalam kuantiti sederhana.

i- Kum
pulan makanan yang perlu dielakkan. Biasanya kumpulan makanan ini terdiri daripada makanan yang manis, dan mempunyai kandungan tinggi gula.
a. Gula putih
b. Jem
c. Kaya
d. Susu pekat manis
e. Madu
f. Buah dalam tin
g. Minuman berkarbonat

ii- Kumpulan makanan yang boleh dimakan. Kumpulan makanan ini tidak mengandungi gula dan bebas untuk dimakan oleh pesakit kencing manis
a. Kopi o tanpa gula
b. Jus buah tanpa gula
c. Air kosong
d. Rempah ratus
e. Sayuran hijau
f. Makanan berprotein seperti ayam, ikan, dan daging

iii- Kumpulan makanan yang perlu disukat. Makanan dalam kumpulan ini boleh dimakan tetapi perlu disukat atau diambil secara sederhana sahaja
a. Roti
b. Nasi
c. Sayur berkanji seperti labu, ubi dan keladi
d. Makanan yang dibuat daripada gandum   

Tips hidangan untuk pesakit kencing manis

a. Bahagikan pinggan anda kepada 4 bahagian.

Bahagian pertama, untuk makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, roti, mee, pasta atau makanan lain yang dibuat daripada gandum.

Bahagian kedua pula untuk makanan yang mengandungi protein seperti ikan, ayam, daging atau telur.

Bahagian ketiga pula terdiri daripada sayuran hijau dan buah, seperti sayur bayam, brokoli, sawi, kacang panjang, kubis, kangkung, pucuk paku, pucuk ubi, ulam raja, kacang botol dan pegaga. Ulam ulaman juga dikira sebagai sayur hijau, ia bagus untuk jaga kesihatan anda. Bahagian ketiga ini, adalah bahagian yang terbesar, yakni mengambil 1/2 bahagian dari pinggan anda.

Selain itu, buah juga boleh menjadi hidangan tambahan. Masukkan buah betik, epal, jambu atau oren sebagai hidangan sampingan dalam menu anda. Buah boleh menguatkan sistem imum badan anda. Makan buah sebelum makan nasi lebih baik berbanding makan buah selepas makan nasi kerana perut berpeluang untuk cerna buah tersebut 100% dan badan berpeluang untuk serap semua kandungan yang ada dalam buah.

Nota: Sayuran seperti labu, ubi keledek, ubi kentang, dan ubi keladi mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi, jika anda sukakan sayuran seperti ini, sila kurangkan sukatan makanan yang mengandungi karbohidrat, (nasi, mee, roti dan pasta).

2. Waktu makan

Cadangan waktu makan untuk pesakit kencing manis ialah
a. sarapan pagi, sekitar pukul 7:00 pagi hingga 9:00 pagi

b. makan tengahari, sekiat pukul 12:00 tengahari hingga 2:00 petang

c. Makan malam, sekitar pukul 6:00 petang hingga 7:30 malam, yakni sebelum magrib.

Nota: Makan awal akan berikan peluang kepada badan untuk cerna makanan dan tukarkan makanan tadi kepada tenaga. Ia boleh mengelakkan makanan tadi berkumpul dalam badan dan mengelakkan paras gula meningkat. 

3. Senaman

Senaman penting supaya organ dalaman sentiasa sihat. Senaman juga boleh bantu bakar kandungan gula yang berlebihan dalam darah. Ini akan bantu stabilkan paras gula dalam darah.

Kebaikan lain tentang senaman
a. Membantu meningkatkan tahap kesihatan pankreas
b. Mengurangkan keadaan rintangan insulin
c. Menurunkan stress
d. Meningkatkan kecekapan penyerapan oksigen
e. Mengeluarkan toksin dari badan melalui peluh
f. Membebaskan minyak untuk menjaga kelembapan kulit
g. Melancarkan pergerakan darah
h. Meningkatkan kecekapan jantung untuk pam darah secukupnya

Jenis senaman

Terdapat pelbagai cara untuk bersenam. Senaman yang dilakukan secara perlahan tetapi lama akan bantu bakar lemak dan gula dalam badan, senaman yang dilakukan secara cepat tapi sekejap pula akan bantu bakar gula yang berlebihan dalam badan.

Gula dalam badan lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga, jadi badan akan hasilkan tenaga dari sumber ini dahulu. Manakala lemak agak lambat untuk ditukar menjadi tenaga, badan akan gunakan lemak sebagai sumber tenaga kedua. Namun, sumber tenaga dari lemak boleh diguna lebih lama. Jenis senaman yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut:

a. Berjalan kaki secara perlahan lahan. ini adalah senaman paling mudah.

b. Joging. Jika anda lakukan di taman rekreasi, anda akan dapat dua manfaat, pertama berpeluh, stress menjadi kurang kerana keadaan di taman lebih tenang.

c. Berenang. Ia adalah senaman yang menguatkan semua otot otot badan. Anda pasti akan gunakan tangan dan kaki sekaligus semasa berenang. Jadi lebih banyak tenaga akan digunakan semasa berenang, anda juga akan belajar mengawal pernafasan semasa melakukan aktiviti ini.

d. Kayuh basikal. Ia adalah senaman yang lebih santai kerana ia lebih tumpu kepada pergerakan kaki. Jika anda berhenti kayuh seketika, basikal tetap akan meluncur.

e. Naik tangga. Jika anda selalu naik lif, sesekali gunalah tangga. Ia akan bantu bakar gula yang berlebihan dalam badan dan melancarkan aliran darah ke bahagian kaki. Aktiviti ini juga akan menguatkan kaki.

f. Lompat tali.  Aktiviti ini memerlukan pergerakan tangan dan kaki serentak. Kelebihan lompat tali ialah anda tidak perlu bergerak ke tempat lain, hanya duduk di satu tempat saja. Ia akan menguatkan kaki dan melatih anda untuk kawal pernafasan.

g. Berkebun. Aktiviti ini lebih menyeronokkan kerana anda akan mendapat hasil dari pokok yang ditanam. Contoh, jika anda tanam pokok kacang bendi hari ini, mungkin dalam masa 3 minggu lagi anda akan dapat tuai hasilnya. Anda dapat sayur yang segar, rasa sayur yang ditanam sendiri dengan sayur dibeli adalah berbeza.

h. Kemas rumah. Mungkin ada yang melihat kemas rumah sebagai satu tugas. Apa kata tukarkan pandangan itu kepada senaman. Tanamkan dalam minda anda bahawa kemas rumah adalah satu senaman yang boleh bantu meningkatkan tahap kesihatan. Ia pasti akan jadi satu aktiviti yang lebih menyeronokkan.

Nota: Biasanya, badan akan bakar kandungan gula dalam badan pada 15 minit pertama bersenam. Ini bagi memenuhi keperluan tenaga segera pada masa tersebut. Kemudian, badan akan mula bakar lemak secara perlahan lahan. Senaman yang santai tetapi ambil masa yang lama akan bantu bakar lemak dalam badan.

4.Ubat

Terdapat pelabgai jenis ubat kencing manis yang ada dipasaran, baik yang dibuat dari bahan kimia atau yang berasaskan tumbuhan semulajadi. Jika anda pergi ke ke klinik atau hospital, doktor bertugas akan berikan beberapa jenis ubat samada Metformin, Gliclazide atau Glibenclamide.

Ini adalah ubat kencing manis yang biasa diberikan oleh doktor kepada pesakit. Namun begitu, bukan semua orang sesuai dengan satu ubat, kerana badan seorang dengan seorang yang lain berbeza, cara makan lain, keturunan lain, persekitaran lain dan cara hidup lain. Oleh itu ada juga pesakit yang mencuba kaedah rawatan altenatif

Rawatan altenatif:

Rawatan altenatif biasanya merujuk kepada rawatan yang berasaskan bahan semulajadi seperti pokok herba dan sayuran hijau. Antara kaedah rawatan altenatif bagi membantu pesakit kencing manis ialah

i. Kacang Bendi / Bendi:
Bendi mengandungi vitamin c, vitamin b, vitamin e dan antioksidan. Ia juga mengandungi kromium dan magnesium yang boleh menurunkan risiko penyakit kencing manis.

ii.Pokok Herba Misai Kucing
Pokok herba ini popular dikalangan pesakit kencing manis. Ia dikatakan mampu menurunkan paras gula dalam darah. Ekstrak daun pokok misai kucing menggalakkan rembesan insulin dari pankreas. Namun, agak sukar untuk dapatkan pokok misai kucing terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar.  

iii.Daun Pegaga
Daun pegaga dikenali sebagai ulam di Malaysia, namun daun pegaga popular di negara India sebagai rawatan altenatif untuk penyakit kencing manis. Penduduk di India menggunakan daun pegaga untuk menurunkan paras gula dalam darah dan menjaga kesihatan penkreas supaya mampu berfungsi dengan normal.

iv.Pokok Hempedu Bumi
Tumbuhan ini berasal dari asia tenggara. Kajian menunjukkan bahan aktif dalam daun pokok hempedu bumi mampu mengurangkan pncernaan dan penyerapan gula ke dalam sel darah merah. Ia juga mampu mengawal paras gula selepas makan. bahan aktif dalam daun pokok hempedu bumi boleh membantu menukarkan kandungan gula dalam darah kepada tenaga dengan segera. Ianya bertindak sebagai booster bagi menampung keprluan tenaga yang meningkat secara mendadak.

v.Peria Katak
Sejenis sayur berwarna hijau, bentuk bujur sebesar tapak tangan. Ia adalah sejenis sayuran yang pahit. Peria katak popular di Filipina sebagai rawatan altenatif untuk penyakit kencing manis. Ia dijadikan sebagai teh untuk diminum oleh pesakit. Bahan aktif dalm peria katak dikatakan mampu bertindak sebagi insulin dan membantu tukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Oleh itu, paras gula dalam darah akan berkurang secara perlahan lahan.

vi. Mas Cotek
Daun pokok mas cotek kaca dengan Vitamin c dan antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa mas cotek mampu menurunkan paras gula dengan merangsang pankreas hasilkan lebih banyak insulin.

vii.Mengkudu
Sejenis buah yang berbentuk bujur, berbintik dan mempunyai bau yang agak kuat. Ia adalah sejenis buah yang pahit. Ia mengandungi serat yang tinggi dan mampu membantu menurunkan paras gula dalam badan. Namun begitu, anda perlu dapatkan nasihat doktor sebelum makan buah mengkudu kerana ia mengandungi sejenis bahan yang tidak bagus untuk kesihatan.

viii.Pokok Herba Belalai Gajah
Ia adalah sejenis tumbuhan herba renek yang tidak berbunga. Batang sebesar lidi dan berdaun kecil. Pokok Belalai Gajah digunakan secara meluas di Thailand dan China sebagai rawatan alternatif untuk merawat maalah kencing manis. Kandungan bahan dalam daun pokok belalai gajah bantu mampu membantu menjaga kesihatan pankreas supaya orga tersebut dapat hasilkan insulin secukupnya. Ini akan menurunkan paras gula dalam badan dan menukarkan gula tersebut menjadi tenaga.

Kaedah rawatan alternatif diatas boleh bantu pesakit kencing manis, namun tidak semua orang sesuai menggunakannya kerana tubuh badan seorang dengan seorang yang lain adalah berbeza. Mungkin anda sesuai dengan kaedah 1, tetapi orang lain sesuai dengan kaedah 2. Cara hidup yang berlainan, menyebabkan sistem dalam badan menjadi berlainan antara satu dengan yang lain.

Nota: Jika suatu kaedah rawatan tidak berkesan dengan anda, ia bukanlah salah kaedah tersebut, tetapi mungkin kerana badan anda tidak sesuai dengan kaedah itu. Apa yang anda perlu lakukan ialah, cuba kaedah rawatan lain pula.


5.Cara pantau penyakit

Selain daripada mengambil ubat kencing manis dan lakukan senaman, pesakit juga perlu pantau kesihatan diri. Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang kurangnya 6 bulan sekali untuk pastikan keadaan tahap kesihatan. Jika perlu lakukan pemeriksaan lebih kerap seperti 4 bulan sekali.

Ketika berjumpa doktor, minta doktor bertugas untuk lakukan pemeriksaan berikut

1. Pemeriksaan mata
-Untuk memastikan penglihatan berada pada tahap normal

2. Pemeriksaan kaki
-Untuk memastikan sel saraf pada kaki berfungsi dengan betul, dan aliran darah pada kaki lancar
 
3. Tekanan darah
-Jika tekanan darah terlalu rendah, anda akan pengsan, jika ia terlalu tinggi, anda mungkin akan alami sakit kepala. Jadi pemeriksaan ini bertujuan untuk pastikan tekanan darah berada pada tahap normal

4. BMI
-Body Mass Index. Ukuran menentukan berat badan sesuai dengan tinggi

5. Tahap gula dalam darah
-Untuk pastikan gula dalam darah tidak berlebihan

6. Tahap kolestrol
-Untuk pastikan paras kolestrol berada pada tahap normal

7. Albuminuria
-Ujian untuk mengesan jika buah pinggang bocor dengan kehadiran protien dalam air kencing.  

8. Creatinine
-sejenis bahan buangan daripada aktiviti otot dalam badan. Ia akan disalurkan kepada buah pinggang untuk dibuang bersama air kencing. Jika paras creatinine meningkat, maka buah pinggang mungkin bermasalah

9. ECG
Juga dikenali sebagai electrocardiography. Sejenis ujian untuk mengukur kesihatan jantung.

                                     

Utama   Cara Beli    Soalan Lazim   Jadi Pengedar  Info Tambahan  Blog  Hubungi
footer ubat kencing manis