Tips Penjagaan Mata

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubat, begitu juga dengan mata, untuk elakkan ia daripada rosak, ada beberapa tips yang boleh diamalkan seperti

  • Elakkan gosok mata dengan kuat- Jika ada sebarang habuk atau bendasing yang masuk ke dalam mata, gosok mata dengan perlahan saja, atau gunakan kain bersih atau tisu untuk keluarkan benda asing tadi. Gosok dengan kuat boleh menyebabkan mata menjadi merah dan sakit.
  • Jaga jarak penglihatan- Jarak yang baik untuk menonton tv atau komputer ialah 50-100 cm. Jika terlalu dekat, mata akan menjadi rabun dalam masa panjang.
  • Berikan waktu rehat- waktu paling baik untuk merehatkan mata ialah setiap 40 minit selepas menonton tv atau komputer. Ini boleh mengurangkan tahap ketegangan saraf dalam mata.
  • Gunakan cermin mata- Terdapat pelbagai jenama cermin mata untuk melindungi mata dari sinaran matahari yang terik. Gunakan ia jika anda terpaksa keluar ketika cuaca panas.
  • Buat pemeriksaan mata- Jika anda rasa tidak selesa dengan mata, lakukan pemeriksaan di klinik berdekatan supaya dapat dirawat dengan segera.

Moga tip penjagaan mata kali ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *