Tidur – Antara Kualiti Dan Kuantiti

Tidur adalah aktiviti untuk rehatkan minda dan badan selepas seharian penat bekerja. Kebanyakkan manusia akan menjadi aktif dan bertenaga jika dapat tidur yang mencukupi.  Namun persoalannya, berapa jam sehari kita perlu tidur?

Ada segelintir ahli perubatan mengatakan bahawa manusia perlu tidur selama 8 jam sehari, ada pula yang berpendapat bahawa tidur selama 6 jam sudah memadai bagi orang dewasa. Namun begitu, ada juga yang berpendapat tidur selama 3 jam sudah cukup asalkan ianya tidur yang berkualiti.

Jika seseorang itu tidur selama 8 jam sehari dan dia hidup selama 60 tahun, bermakna, dia tidur selama 20 tahun sepanjang kehidupan. Jika dia tidur selama 6 jam sehari pula, bermakna dia habiskan selama 25 tahun untuk tidur. Bagaimana pula dengan pendapat yang mengatakan 3 jam sudah memadai?

Seorang ahli akademik dari timur tengah berpendapat bahawa kualiti waktu tidur lebih penting berbanding kuantiti. Beliau berpendapat tidur selama 3 jam sudah memadai untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Waktu tidur selama 3 jam tersebut ialah sekitar pukul 9 malam hingga 12 malam. Ini adalah waktu paling berkualiti untuk tidur. 1 jam tidur pada waktu ini sama seperti 3 jam tidur waktu lain. Jika anda tidur selama 3 jam iaitu antara pukul 9 malam hingga 12 malam, maka anda sudahpun mendapat tidur selama 9 jam.

Bukti? Jika anda tidur selama 3 jam pada waktu ini, dan terjaga pada pukul 12 malam, pasti anda akan rasa segar dan sukar untuk tidur lagi sehingga subuh. Ini kerana badan anda sudahpun mendapat rehat yang cukup dan tenaga dalam badan sudah pulih sepenuhnya. Jadi badan mahu bekerja dan bukan tidur.

Zaman sekarang, mungkinn sukar untuk tidur pukul 9 malam, tapi jika anda berjaya tidur pukul 10 malam hingga 12 malam pun anda sudah dapat tidur selama 6 jam.

Satu lagi waktu yang bagus untuk tidur ialah sekitar pukul 12 tengahari sehingga 1 petang. Jika anda tidur selama 30 minit pada waktu ini, anda akan rasa lebih segar pada waktu petang dan senja.

Tidur yang paling tidak berkualiti pula adalah selepas waktu subuh. Badan anda akan menjadi lebih lemah dan lesu jika tidur pada waktu ini berbanding jika anda tidak tidur.

Kini anda sudah tahu waktu tidur yang paling bagus, terserah pada anda untuk dapatkan kuantiti tidur atau tidur yang berkualiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *