Rahsia Kebaikan Ulam

Seperti sushi yang sebati dengan masyarakat jepun, ulam pula sebati dengan masyarakat di Malaysia. Biasanya ulam dimakan mentah bersama nasi atau dicelup dalam air mendidih selama beberapa minit. Biasanya ulam yang dicelup dalam air mendidih ialah bendi dan peria katak. Manakala ulam lain yang berdaun biasanya dimakan mentah. Terdapat beberapa kebaikan ulam antaranya..

  • Melancarkan aliran darah.
  • Menguatkan antibodi badan. Sistem antibodi membantu menghalang virus daripada masuk kedalam badan. Ini boleh mengelakkan penyakit berjangkit.
  • Menstabilkan pH dalam badan. Sebahagian makanan yang kita makan mengandungi asid, seperti daging dan ayam. Namun berbeza dengan ulam, kebanyakkannya bersifat alkali. Ini boleh bantu menurunkan paras asid dalam badan ketahap yang lebih rendah supaya sistem dalam badan boleh berfungsi dengan normal.
  • Menguatkan ingatan. Keupayaan ingatan¬†orang zaman dulu amat mengagumkan walaupun mereka tidak mengambil supplement atau ubat moden. Ada yang berpendapat bahawa ulam raja mampu menjaga kesihatan otak supaya keupayaan ingatan dapat dikekalkan. Jika anda ingin ingatan kuat, cuba amalkan makan ulam raja.
  • Menstabilkan paras gula dalam darah. Sesetengah ulam seperti pegaga boleh menstabilkan paras gula dalam darah supaya tidak terlalu tinggi. Jika anda seorang pesakit kencing manis, cuba amalkan makan ulam pegaga untuk kawal paras gula dalam darah.

Kini anda sudah tahu rahsia kebaikan ulam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *