Punca Mata Rosak

Mata adalah satu aset yang tidak ternilai harganya. Tanpa mata, kehidupan seseorang akan terjejas. Oleh itu kita perlu menjaga mata daripada rosak. Terdapat beberapa punca kerosakan mata seperti

  • Merokok- asap rokok mengandungi pelbagai bahan kimia yang berbahaya. Bahan kimia dalam rokok boleh merosakkan sel sel sensitif dalam mata dalam masa panjang.
  • Sinaran matahari- Terdedah kepada sinaran matahari yang melampau boleh menyebabkan lensa mata dan retina. Ia juga boleh menyebabkan katarak. Jika anda terpaksa keluar ketika panas terik, gunakan cermin mata ¬†gelap supaya mata tidak terdedah kepada matahari secara terus.
  • Tekanan darah tinggi- Tekanan darah tinggi boleh rosakkan pembuluh darah pada retina. Keadaan ini dipanggil Retinopati Hipertensi. (sejenis penyakit berkaitan mata)
  • Kencing manis- ia juga boleh menjadi punca mata rosak. Kerosakan retina kerana kencing manis boleh membawa kepada glukoma iaitu keadaan penglihatan kabur atau rabun.
  • Diet tidak seimbang- Kurang vitamin dalam diet juga boleh menyebabkan masalah mata. Pengambilan lobak merah dan oren boleh menjaga kesihatan mata kerana ia kaya dengan vitamin c.
  • Membaca dalam gelap- baca buku dalam cahaya yang samar samar boleh mengganggu tumpuan mata. Jika diamalkan, ia boleh membawa kepada masalah rabun jauh.

Itu adalah antara punca mata rosak. Mencegah penyakit lebih baik berbanding mengubat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *