Menguap- Isyarat Dari Badan

Biasanya menguap adalah tanda kita mengantuk dan letih. Namun menguap juga merupakan syarat atau tanda kepada keadaan lain. Badan akan beri isyarat jika nak beritahu kita sesuatu seperti jerawat, bermakna alahan kepada makanan atau hormon tidak stabil.

Menurut dapi pandangan sains, menguap membawa beberapa makna seperti

Kurang oksigen dalam salur darah. Namun begitu, teori ini masih belum boleh dibuktikan lagi kerana ia berlawanan dengan keadaan semasa kita berlari. Ketika berlari, kita perlukan lebih oksigen dalam darah, tetapi kita tidak menguap, hanya tercungap cungap.

Petanda badan kita penat. Teori ini ada benar dan silapnya. Memang bila badan kita penat, kita akan menguap, tetapi adakalanya kita tetap menguap walaupun tidak bekerja.

Tanda kita hilang fokus pada benda yang sedang dilakukan. Teori ini agak logik kerana, jika anda lakukan sesuatu, dan mula hilang semangat, anda akan mula menguap. Contoh ketika anda sedang menaip, anda akan mula menguap selepas beberapa jam menaip, itu tandanya anda mula hilang fokus.

Menguap tanda mengantuk. Ini adalah normal, anda akan mula menguap jika mengantuk. Jadi apa yang anda perlu lakukan ialah sediakan tempat tidur supaya dapat tidur yang berkualiti.

Keunikan menguap- Jika seorang menguap, pasti kawan sebelah akan turut menguap, dalam erti kata lain, menguap boleh berjangkit. 🙂

Jika anda ada maklumat lain berkaitan menguap, boleh tinggalkan komen dibawah, saya sedia mendengar pendapat annda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *