Keburukan Makanan Ringan

Makanan ringan atau dikenali sebagai junk food begitu digemari oleh rakyat malaysia samada golongan dewasa atau kanak kanak. Namun begitu, ia hanya mempunyai sedikit khasiat dan zat.

Makanan seperti ini tidak bagus untuk kesihatan kerana ia mengandungi pewarna, bahan pengawet, garam yang berlebihan dan gula yang tinggi. Jika ia dimakan secara kerap, dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Biasanya kanak kanak yang gemarkan makanan seperti ini tidak dapat membesar dengan baik. Mereka kurang makan makanan yang berkhasiat seperti sayur dan ikan kerana sudah kenyang dengan junk food.

Kandungan gula yang berlebihan dalam junk food boleh menyebabkan kerosakan gigi lebih lebih lagi bagi mereka yang kurang memberus gigi.

Kandungan lemak dalam junk food juga boleh menyebabkan masalah obesiti atau kegemukan pada usia muda. Ini akan meningkatkan risiko masalah kesihatan.

Jika anda atau anak anda sukakan junk food, cuba kurangkan makan secara perlahan lahan dan jika boleh gantikan dengan buah. Moga artikel kali ini bermanfaat, dalam artikel akan datang, saya akan senaraikan lagi beberapa keburukan makanan ringan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *